Kuasa raja pemerintah bentuk kerajaan negeri

Kuasa raja pemerintah bentuk kerajaan negeri

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembentukan kerajaan negeri selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah terletak kepada prerogatif raja pemerintah berdaulat.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, kuasa kedaulatan tersebut dilaksanakan Yang Dipertua Negeri bagi pihak Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menjelaskan, kaedah pemilihan dan pelantikan seorang menteri besar dan ketua menteri pula, raja pemerintah dan Yang Dipertua Negeri boleh memilih seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang pada timbangan mereka mungkin mendapat sokongan majoriti ahlinya.

Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ia sebagaimana dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan dan Perlembagaan Negeri masing-masing.

“Terdapat syarat lain bagi seorang menteri besar di bawah peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri iaitu hendaklah beragama Islam dan berketurunan orang Melayu.

“Pemilihan menteri besar dan ketua menteri adalah prerogatif raja pemerintah dan Yang Dipertua Negeri yang bersifat budi bicara,” katanya.

Kelmarin, enam negeri selesai melaksanakan PRN masing-masing iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi berkata, selain daripada peruntukan nyata undang-undang Perlembagaan, raja pemerintah dan Yang Dipertua Negeri perlu mengimbangi keperluan untuk melantik menteri besar dan ketua menteri yang boleh berganding bahu bagi melaksanakan fungsi kuasa eksekutif mereka dengan calon utama daripada pemimpin parti yang memiliki suara majoriti dalam DUN.

Berbeza dengan pelantikan ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri, katanya, Raja pemerintah dan Yang Dipertua Negeri disyaratkan mengikut nasihat menteri besar atau ketua menteri yang telah diberikan kepercayaan oleh mereka.

“Prinsip tersebut selaras dengan keperluan ketua kerajaan untuk berkerja dalam pasukan yang diyakininya.

“Kerajaan yang terbentuk mengikut nasihat menteri besar adalah kerajaan raja pemerintah, begitu juga sifatnya kerajaan Yang Dipertua Negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya