TDM Plantation bina 712 unit rumah pekerja baharu  - Utusan Malaysia

TDM Plantation bina 712 unit rumah pekerja baharu 

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) bergambar bersama pekerja TDM Plantation yang menerima rumah pada  Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pekerja Ladang Jaya dekat Sungai Tong, Setiu, semalam. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDM Plantation), anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk membina 712 unit rumah pekerja baharu  bagi menggantikan kediaman lama yang daif dan usang di seluruh negeri ini.

Projek pembinaan rumah baharu yang dikenali sebagai Projek Teduhan tersebut dibahagikan kepada empat fasa secara berperingkat dengan sasaran disiapkan dalam tempoh lima tahun bermula 20 Oktober 2021.

 Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, TDM Plantation prihatin dengan keadaan kebanyakan rumah pekerja yang daif dan usang kerana dibina sejak tahun 1970-an. 

Menurutnya, sejak tahun 2021, Lembaga Pengarah TDM Plantation telah bersetuju untuk membina 712 unit rumah baharu bagi menggantikan rumah-rumah lama ini demi memastikan pekerja dan keluarga mereka berada dalam keadaan yang lebih selesa.

 “Alhamdulillah, sebanyak 56 unit rumah telah siap dibina di bawah projek Teduhan 1. Dalam masa yang sama terdapat 24 unit sedang dalam pembinaan dan 200 unit lagi akan dibina pada tahun 2023 ini.

“Projek Teduhan ini turut membantu kerajaan negeri dalam memastikan semua rakyat Terengganu memperolehi hak dan layanan yang sama rata, tanpa mengira latar belakang atau pekerjaan mereka. 

“Kerajaan Negeri bertekad untuk memastikan setiap rakyat Terengganu memperoleh kemajuan dan kesejahteraan yang lebih baik, selaras dengan matlamat Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pekerja Ladang Jaya dekat Sungai Tong di sini, semalam. 

Sementara itu, Hamdan berkata, pihaknya mengambil langkah terperinci untuk memastikan  rumah yang dibina adalah selesa dan memenuhi keperluan asas pekerja dengan keluasan 1,000 kaki persegi berbanding  rumah lama yang berkeluasan 822 kaki persegi.  

 “Rumah baharu ini juga dilengkapi  dengan kemudahan asas seperti bilik tidur, ruang tamu yang luas, dapur yang lengkap, serta bilik mandi yang bersih dan selesa serta ruang khas untuk utiliti,” katanya.

 Selain itu, keperluan sosial dan rekreasi pekerja ladang turut diberi fokus dan mereka turut menyediakan kemudahan rekreasi seperti taman permainan, padang bola, dan tempat riadah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya