Kilang kitar semula, tiga rumah di Cheras musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kilang kitar semula, tiga rumah di Cheras musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah di Kampung Cheras Baru, dekat sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.37 tengah malam, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Operasi pemadaman turut dibantu BBP Ampang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Hang Tuah.

Ia juga dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Baru Ampang, Kampung Kepong Batu, Serdang, Desa Petaling, Bandar Mahkota Cheras dan Pandan Indah.

“Kebakaran membabitkan sebuah kilang kitar semula dan tiga rumah dengan anggaran kemusnahan adalah kira-kira 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashrul berkata, kebakaran dapat dikawal jam 1.24 pagi dan tiada mangsa dilaporkan.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi beberapa rakaman dikongsikan pengguna yang memaparkan api menjulang bersama kepulan asap tebal dari kawasan kebakaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×