Kebakaran hutan tingkatkan kes kanser - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan tingkatkan kes kanser

KEBAKARAN hutan boleh meningkatkan kes kanser kepada, leher dan tekak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mencadangkan bahawa jumlah kebakaran hutan yang mencatat rekod baharu akibat peningkatan suhu musim panas tahun ini boleh meningkatkan kes kanser kepala dan leher.

Risiko itu dikaitkan dengan pencemaran udara akibat kebakaran itu, yang 10 kali lebih berbahaya kepada kesihatan berbanding asap kenderaan kerana mengandungi paras lebih tinggi zarah halus mikroskopik dikenali sebagai PM2.5. Penyedutan zarah toksik itu boleh mening­katkan risiko kanser tekak, kepala dan leher.

Penemuan itu membimbangkan selepas Britain dan Eropah mengalami antara tahun pa­ling buruk dalam rekod dari segi kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan luas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyelidik dari Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) menganalisis data selama 16 tahun mengenai kebakaran hutan dan kes kanser kepala serta leher.

Mereka mendapati pendedahan kepada pencemaran asap daripada kebakaran itu mening­katkan risiko kanser sebanyak enam peratus, manakala risiko meningkat kepada 41 peratus bagi mereka yang terdedah setiap tahun.

Dalam laporan yang diterbitkan dalam jurnal ‘The Laryngoscope’, mereka berkata: “Penemuan ini menambah bukti yang semakin banyak mengaitkan pencemaran udara akibat kebakaran hutan dengan kesan buruk terhadap kesihatan, sekali gus menegaskan keperluan memperkukuh peraturan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.”

Musim panas tahun ini encatat rekod baharu dengan lebih 1,000 kebakaran hutan memusnahkan kira-kira 540,000 hektar tanah di seluruh Kesatuan Eropah sejak pertengahan Jun, menurut data rasmi.

Ia meliputi  kawasan yang lebih dua kali ganda keluasan Luxembourg.

Beberapa gelombang haba ber­turut-turut  didorong oleh perubahan iklim melanda Ero­pah, menyebabkan lebih 30,000 kematian, kemarau berleluasa dan kebakaran hutan dahsyat yang memaksa ratusan ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka, khususnya di Sepanyol dan Perancis.

Rekod suhu di seluruh be­nua itu dipecahkan, sekali gus mencetuskan kebakaran berbahaya termasuk di kawasan yang lazimnya sejuk dan lembap seperti Belgium dan Scotland.

Menurut data Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS), jumlah kawasan yang terjejas akibat kebakaran antara 18 Jun hingga 2 September jauh melebihi purata bagi tempoh 20 tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, angka itu masih lebih rendah berban­ding rekod pada 2025, apabila kebakaran memusnahkan lebih 800,000 hektar kawasan dalam tempoh yang sama. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini