Suami pegawai AKPS tiba di mahkamah

Suami pegawai AKPS tiba di mahkamah

SUAMI pegawai AKPS dibawa ke Mahkamah Seremban untuk dituduh, hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suami pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai di sini pada 15 Oktober lalu tiba di Mahkamah Majistret Seremban, pagi ini.

Kenderaan polis yang membawa lelaki berusia 30-an itu, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.20 pagi.

Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kematian isterinya, Norhazwani Ibrahim, 35.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir abang sulung mangsa, Amran Ibrahim, 59 bagi mengikuti prosiding pertuduhan terhadap suspek yang didakwa membunuh wanita itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini