Majlis ulang tahun kedua AKPS tanpa kehadiran Saifuddin, Mohd. Shuhaily

Majlis ulang tahun kedua AKPS tanpa kehadiran Saifuddin, Mohd. Shuhaily

Awang Alik Jeman diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS, Ismail Mokhtar ketika hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua AKPS Tahun 2026 di Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiada kelibat Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua AKPS Tahun 2026 di sini, hari ini.

Ketidakhadiran pemimpin nombor satu AKPS itu menjadi tanda tanya di sebalik isu pendakwaan dihadapi di Mahkamah Majistret Sepang baru-baru ini.

Majlis itu juga berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung sebab ketidakhadiran Ketua Pengarah AKPS dan Menteri Dalam Negeri pada majlis berkenaan.

Mengikut surat jemputan dikeluarkan, majlis itu akan disempurnakan Menteri Dalam Negeri selain kehadiran Ketua Setiausaha Negara, dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman.

Majlis yang bermula tepat pukul 11 pagi itu akhirnya disempurnakan oleh Dr. Awang Alik.

Program dimulakan dengan dengan ucapan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AKPS, Ismail Mokhtar disusuli ucapan oleh Dr. Awang Alik.

Sebelum ini, Mohd. Shuhaily berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dua anggota polis di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Oktober lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Mahkamah membenarkan Mohd. Shuhaily diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini