Gaji minimum, ambil kira kemampuan majikan  - Utusan Malaysia

Gaji minimum, ambil kira kemampuan majikan 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pelaksanaan gaji minimum RM2,000 perlu mengambil kira kemampuan majikan menanggung peningkatan kos operasi supaya usaha meningkatkan pendapatan pekerja tidak menjejaskan kelangsungan perniagaan serta peluang pekerjaan.

Pemilik syarikat produksi, Adie Supian Zulkefli berkata, majikan pada prinsipnya menyokong kenaikan gaji minimum bagi membantu pekerja berdepan peningkatan kos sara hidup, namun kemampuan setiap perniagaan berbeza mengikut kedudukan kewangan dan komitmen operasi.

Menurutnya, majikan bukan sahaja perlu menyediakan peruntukan untuk membayar gaji mengikut kadar minimum baharu, malah perlu menanggung kos lain termasuk bahan mentah, sewa, utiliti dan perbelanjaan operasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak menolak kenaikan gaji minimum kerana pekerja juga berdepan peningkatan kos sara hidup. Namun, persoalannya ialah bagaimana majikan dapat menampung kenaikan itu tanpa menjejaskan kelangsungan perniagaan dan peluang pekerjaan.

“Bagi perniagaan yang mempunyai margin keuntungan terhad, setiap pertambahan kos perlu diteliti kerana kita tidak semestinya boleh menaikkan harga perkhidmatan sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah kedudukan pekerja lama yang mungkin menerima gaji hampir sama dengan pekerja baharu selepas kadar gaji minimum diselaraskan.

Katanya, keadaan itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati sekiranya pekerja yang sudah berkhidmat bertahun-tahun tidak menerima pelarasan gaji setimpal dengan pengalaman, kemahiran dan tanggungjawab mereka.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini