SPR tetapkan 12 Ogos hari mengundi PRN serentak 6 negeri

PRN: 12 Ogos hari mengundi serentak 6 negeri

ABDUL Ghani Salleh ketika mempengerusikan mesyuarat khas PRN di Menara SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada 12 ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Menurut beliau, seramai 9,773,571 pemilih  terlibat dalam PRN kali ini mengikut data terkini Daftar Pemilih Tambahan April 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun lalu.

“SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 bagi kesemua enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas SPR di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya