Sabah tuan rumah Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik

Sabah tuan rumah Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik

Koperasi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi menyediakan ruang bagi golongan belia mengumpul sumber, kekuatan, bakat dan idea bagi mendepani dan menangani cabaran secara menyeluruh dalam membangunkan negara seiring dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Presiden Angkasa, Dr.  Mohd Azlan Yahya dalam satu kenyataan ketika menghadiri salah satu aktiviti yang dirangka sempena program Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik (APCYS4.0) di Koperasi Homestay Desa Cinta Kobuni (KOBUNI), Kota Kinabalu baru-baru ini.

Sempena sidang kemuncak itu program “Climate Action and Community Immersion” sepanjang satu hari yuga dilaksanakan oleh ICA-Asia Pacific Committee on Youth Cooperation bertujuan memberi penghayatan kepada usaha bersama-sama yang boleh diambil untuk mendepani perubahan iklim menerusi penglibatan komuniti setempat.

Aktiviti dimulakan dengan dengan kempen hijau di mana para peserta didedahkan dengan usaha konservasi oleh sukarelawan Trash Hero dan seterusnya menjalankan aktiviti pembersihan pantai di Pulau Manukan, Sabah.

Para peserta seterusnya menjalankan aktiviti penanaman 261 pokok pelbagai spesis di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandaraya.

Program kerjasama Kempen Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok dan Kempen Go Green ini merupakan langkah pendidikan dalam usaha mendepani perubahan iklim yang banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia khususnya melalui penerokaan dan pembangunan yang tidak mengambil kira kelestarian ekosistem hutan.

Para peserta juga dibawa bagi menghayati tradisi adat dan tradisi tempatan di Koperasi Homestay Desa Cinta Kobuni (KOBUNI). Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk memasak makanan tradisional Dusun Sabah (Linopot), membuat kraftangan Sabah, aktiviti sungai, belajar tentang Pakaian dan Permainan Tradisional Kadazan Dusun, membuat Sinirung Sirung (Makanan Tradisional), dan menyaksikan persembahan Muzik Tradisional (Mangagung).

APCYS4.0 dianjurkan oleh International Cooperative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP) dengan kerjasama ICA-AP Committee on Youth Cooperation, dihoskan oleh Angkasa dan menerima sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sabah Tourism Board dan Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah (MIDE).

Program ini mengumpulkan 189 delegasi belia dari 19 buah negara Asia Pasifik yang berlangsung dari 27 hingga 30 Julai 2023 di Kota Kinabalu, Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN