Tiada campur tangan ahli politik dalam perolehan aset ketenteraan - Anwar - Utusan Malaysia

Tiada campur tangan ahli politik dalam perolehan aset ketenteraan – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri majlis ramah mesra di Pangkalan Udara TUDM di Teluk Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan memastikan tiada campur tangan ahli politik berhubung perolehan aset ketenteraan negara ini.

Katanya, perolehan aset ketenteraan perlu diputuskan sendiri oleh pihak ketenteraan yang terbabit bagi memastikan kesiapsiagaan dasar pertahanan negara sentiasa kukuh.

“Saya sudah bagi arahan sangat jelas kepada semua ketua pengurus masing-masing termasuk panglima tentera, darat, udara, laut dan Panglima Angkatan Tentera (PAT).

“Kalau nak beli kapal, senapang, biar ambil keputusan profesional daripada bahagian masing-masing, orang-orang politik, ejen-ejen luar jangan masuk campur.

“Apabila ia sudah diputuskan, kita akan bincang dengan Kementerian Kewangan mengenai kos (pembelian) dan kita runding terus antara kerajaan-kerajaan untuk mengelakkan ketirisan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth sempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-65, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Komander Pangkalan Tentera Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan mengutamakan pembaikan rumah penjawat awam serta membaiki kerosakan kediaman sedia ada pada tahun hadapan.

“Tahun ini, kita fokuskan kepada baik pulih klinik dan sekolah daif di seluruh negara terlebih dahulu.

“Kalau ada lebih-lebih sedikit (peruntukan), kita mulakan dulu tahun ini dan akan baiki yang mana dah rosak sangat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kecemerlangan akademik bagi SPM tahun 2022 berjumlah RM3,600 selain sumbangan bagi pesakit kronik berjumlah RM20,700.

Seramai 700 warga Pangkalan Udara Butterworth termasuk warga TLDM yang berkhidmat di Pangkalan Udara Butterworth hadir memeriahkan majlis terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya