Tentera Israel serbu sekolah di selatan Syria - Utusan Malaysia

Tentera Israel serbu sekolah di selatan Syria

TENTERA Israel menyerbu sebuah sekolah di Quneitra, selatan Syria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Tentera Israel menyerbu sebuah sekolah pada Sabtu dan menggeledah beberapa rumah di selatan Syria, lapor media kerajaan.

Saluran televisyen Al-Ikhbariya melaporkan, satu rondaan membabitkan 14 kenderaan tentera memasuki kampung Al-Samadaniyah al-Gharbiyah di wilayah Quneitra. 

Tentera Israel memecahkan pintu pagar sekolah sebelum memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai jumlah mangsa atau penahanan.

Terdahulu pada Sabtu, tentera Israel mendirikan sekatan jalan raya sementara di utara Quneitra. Satu lagi unit tentera mara ke arah Wadi al-Raqad di barat Daraa.

Unit kejuruteraan tentera Israel turut meneruskan pembinaan kubu pertahanan berhampiran Saida al-Hanout di selatan Quneitra.

Pasukan Israel berulang kali melakukan pencerobohan di wilayah selatan Syria, khususnya Quneitra dan Daraa, termasuk mendirikan sekatan tentera, menggeledah rumah, menahan orang awam dan meratakan kawasan pertanian menggunakan jentolak.

Sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024, Israel memperluas kehadiran tenteranya di zon penampan antara Syria dengan Bukit Golan yang diduduki, selain mara ke beberapa kawasan di selatan negara itu meskipun Perjanjian Pemisahan Pasukan 1974 masih berkuat kuasa.

Damsyik berulang kali mendesak Israel mengundurkan tenteranya dari wilayah Syria sambil menegaskan pencerobohan itu melanggar kedaulatan negara serta perjanjian pemisahan pasukan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini