Arsenal kukuh di puncak

Arsenal kukuh di puncak

MARTIN Odegaard meraikan jaringan tunggal Arsenal ketika menentang Hull City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Hull City 1-0 di Stadium Emirates, sekali gus melebarkan jurang kepada enam mata, awal pagi tadi.

Kapten, Martin Odegaard muncul wira The Gunners apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-72 untuk menghadiahkan kemenangan kesembilan daripada 10 aksi liga musim ini.

Arsenal yang menguasai permainan berdepan kesukaran memecah kebuntuan sebelum Noni Madueke melakukan percubaan kaki kiri dari sebelah kanan, namun bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Hull, Konstantinos Tzolakis, disambar Odegaard dari jarak dekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, tetapi mahu pasukan itu lebih tajam menyudahkan peluang selepas mencatat kemenangan 1-0 buat kali ketiga dalam empat perlawanan liga.

“Sudah tiba masanya untuk memuji pemain saya kerana apa yang mereka lakukan bukan sahaja hari ini, malah selepas rehat antarabangsa, amat luar biasa berdasarkan jadual perlawanan,” katanya kepada BBC.

Arteta turut menegaskan Arsenal perlu memperbaiki aspek penyudah bagi memastikan peluang yang dicipta dapat diterjemahkan kepada jaringan.

Dalam aksi lain, Newcastle United terlepas peluang meraih kemenangan apabila jaringan Jacob Murphy pada minit ke-80 disamakan pemain gantian Fulham, Rodrigo Muniz tiga minit kemudian untuk keputusan seri 1-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini