Jepun boleh jadi pasukan terbaik dunia

Jepun boleh jadi pasukan terbaik dunia

Aksi persahabatan Jepun menentang Brazil di Stadium Nasional Singapura kemarin-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Ketua jurulatih, Hajime Moriyasu percaya Jepun berupaya muncul pasukan terbaik dunia selepas mencipta kemenangan kedua ke atas Brazil, semalam.

Skuad Samurai biru mengejutkan juara dunia lima kali itu dengan kemenangan 3-2 dalam aksi persahabatan yang enuh dramatic di Stadium Nasional Singapura.

Dalam aksi berkenaan pemain gantian, Tatsuhiro Sakamoto muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu hadir lebih setahun selepas Jepun menewaskan Brazil buat kali pertama dalam aksi persahabatan di Tokyo, sebelum skuad kendalian Moriyasu itu tersingkir di tangan lawan sama pada Piala Dunia tahun ini di Amerika Utara menerusi kekalahan 1-2 pada pusingan 32 terbaik.

Moriyasu, yang bakal meninggalkan jawatannya selepas aksi persahabatan menentang Paraguay, Selasa ini, yakin Jepun berada di landasan tepat untuk menjadi kuasa besar bola sepak dunia.

“Pemain menunjukkan keyakinan dan keberanian serta berjuang bersungguh-sungguh ketika diperlukan. Pada Piala Dunia akan datang, Jepun benar-benar mampu menjadi pasukan terbaik dunia,” katanya.

Moriyasu, jurulatih paling lama berkhidmat bersama skuad kebangsaan Jepun, pada asalnya dijadual membimbing pasukan itu pada Piala Asia di Arab Saudi, Januari depan sebelum menyerahkan tugas kepada pengendali skuad bawah 23 tahun, Go Oiwa.

Bagaimanapun, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan kejohanan itu ditunda ke Disember 2027 atas faktor keadaan luar biasa di rantau berkenaan susulan serangan Houthi ke atas negara tuan rumah.

Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) kemudian mengesahkan Jumaat lalu bahawa perlawanan menentang Paraguay akan menjadi aksi terakhir Moriyasu.

“Saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik seperti biasa, dengan matlamat memburu kemenangan dan meningkatkan perkembangan pasukan,” katanya.

Kemenangan ke atas Brazil turut menjadi medan buat Jepun menebus kekecewaan selepas tewas dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada Piala Dunia, apabila Gabriel Martinelli menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 di Houston.

Pemain tengah Jepun, Ao Tanaka yang menangis selepas melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan Piala Dunia itu, mengakui berasa lega dan gembira selepas membantu pasukannya menewaskan Brazil di Singapura.

“Apabila perlawanan semakin hampir, pelbagai perkara mula bermain dalam fikiran saya, termasuk kenangan pahit itu,” kata pemain Leeds United berkenaan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini