Mangsa banjir di Perak meningkat

Mangsa banjir di Perak meningkat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 895 mangsa daripada 314 keluarga di negeri ini dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang berlaku akibat hujan lebat berterusan pada petang semalam.

Jumlah mangsa setakat pukul 4 pagi tadi itu meningkat lebih empat kali ganda berbanding 191 orang daripada 58 keluarga yang direkodkan pada pukul 9 malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, daerah Larut Matang dan Selama (LMS) mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 696 orang diikuti Hilir Perak dengan 186 orang dan Kerian seramai 13 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antara kawasan yang terjejas di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) ialah Kampung Changkat Larah, Taman Kamunting Mutiara dan Kampung Simpang Halt.

“Kawasan lain termasuk Kuala Trong, Kampung Jelapang, Kampung Matang, Kampung Air Kuning, Kampung Ulu Sepetang dan Kampung Sungai Relong.

“Turut terkesan dalam kejadian banjir itu ialah penduduk di Kampung Batu 15, Kampung Matang Gelugor, Pengkalan Makmur, Pengkalan Setia dan Sungai Beban,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bagi daerah Hilir Perak, kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Batu 6 Changkat Jong, Kampung Batu 7 Changkat Jong dan Kampung Batu 7½ Jalan Changkat Jong (FELCRA).

Katanya, turut terjejas ialah Kampung Batu 8 Changkat Jong, Kampung Batu 9 Changkat Jong dan Kampung Batu 10 Changkat Jong.

“Di daerah Kerian, kawasan yang terjejas melibatkan kawasan belakang gerai dan Kampung Tepi Kolam, Bukit Merah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini