Sultan Terengganu perkenan bubar DUN esok - Utusan Malaysia

Sultan Terengganu perkenan bubar DUN esok

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan  esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembubaran DUN  oleh Sultan Mizan itu diputuskan mengikut Fasal 44 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

“Sultan Terengganu telah mengampuni perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari Rabu 09 Zulhijjah 1444H bersamaan 28 Jun 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Sebelum itu, Ahmad Samsuri menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan cadangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada esok.

Beliau menghadap Sultan Mizan  di Istana Syarqiyyah dekat Chendering, di sini, kira-kira  pukul 9 pagi, hari ini

Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Pada PRU-14 lalu, Pas berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 22 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (BN)  pula menang di 10 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya