Klebang Cove Residensi, kediaman mampu milik untuk kehidupan berkeluarga

Klebang Cove Residensi, kediaman mampu milik untuk kehidupan berkeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLEBANG Cove Residensi, pembangunan kediaman mampu milik di Jalan Tanjung Kling Melaka yang dibangunkan Mercury Industries Berhad menawarkan kediaman mampu milik dengan susun atur yang sesuai untuk kehidupan berkeluarga.

Pengurus Besar Mercury Industries Berhad, Derrick Tiong berkata, pembangunan tersebut menawarkan 648 unit apartmen pegangan bebas dengan harga antara RM310,000 hingga RM410,000.

Katanya, projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM190 juta yang dibangunkan atas tanah seluas 1.72 hektar itu  merangkumi empat menara kediaman di atas podium parkir tiga tingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, unit di Klebang Cove Residensi dibangunkan dengan keluasan binaan antara 902 kaki persegi hingga 1,261 kaki persegi.

“Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air, manakala unit dengan susun atur terbesar turut dilengkapi bilik utiliti tambahan.

“Gabungan status pegangan bebas, ruang kediaman yang sesuai untuk keluarga dan harga yang ditawarkan menjadi antara tarikan utama projek berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagi melengkapi keperluan kehidupan seharian penghuni, beliau berkata, pembangunan itu turut menyediakan pelbagai kemudahan bersama termasuk dewan serbaguna, kolam renang, gelanggang pickleball, gimnasium terbuka, surau, taska dan tadika.

Dari segi lokasi, Derrick berkata, Klebang Cove Residensi terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar Melaka, selain berhampiran institusi pendidikan seperti Sekolah Jenis Kebangssan (Cina) Ek Te, Sekolah Kebangsaan Lereh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar.

“Kemudahan penjagaan kesihatan seperti Klinik Impian Klebang dan Oriental Medical Centre turut berada berdekatan, manakala Pantai Klebang dan Pantai Puteri menyediakan pilihan rekreasi untuk penghuni.

“Lokasinya yang berhampiran pesisir pantai Tanjung Kling melengkapi kedudukannya yang berdekatan dengan kemudahan harian dan tarikan rekreasi di Melaka,” ujarnya.

Beliau berkata, keistimewaan projek itu adalah gabungan status pegangan bebas dan lokasi berhampiran pesisir pantai di atas tanah yang bukan hasil penambakan laut.

“Ciri ini menarik minat pembeli yang mementingkan pemilikan jangka panjang serta ingin tinggal berhampiran pantai dalam kawasan kejiranan yang telah membangun,” katanya.

Beliau berkata, projek itu memberi tumpuan kepada pemilikan rumah dan kehidupan berkeluarga, manakala harga serta lokasi turut menjadi faktor pertimbangan bagi pembeli yang menilai potensi sewaan dan jualan semula dalam jangka panjang.

“Kami meletakkan projek ini sebagai pilihan kediaman yang mengutamakan pemilikan rumah dan kehidupan berkeluarga. 

“Bagi pembeli yang mempertimbangkannya sebagai pelaburan, faktor harga dan lokasi merupakan aspek relevan untuk menilai potensi sewaan dan jualan semulanya dalam jangka panjang,” ujarnya.

Dari segi prestasi jualan, beliau berkata, projek itu mencatatkan kadar jualan 80 peratus sejak dilancarkan pada 2025, setakat Oktober 2026.

Beliau berkata, pembinaan Klebang Cove Residensi bermula pada 2024 dan dijadualkan siap pada suku kedua 2027, dengan kemajuan pembinaan mencapai 55 peratus setakat Oktober 2026.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini