Warga emas dipenjara 10 tahun rogol, amang seksual fizikal dua cucu tiri - Utusan Malaysia

Warga emas dipenjara 10 tahun rogol, amang seksual fizikal dua cucu tiri

WARGA emas yang  didapati bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal ke atas dua cucu tirinya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas terpaksa meringkuk di dalam penjara 10 tahun selepas didapati bersalah merogol dan melakukan amang seksual fizikal ke atas dua cucu tirinya, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nooriah Osman turut mengarahkan warga emas berusia 68 tahun itu dikenakan hukuman 10 sebatan bagi tiga pertuduhan kesalahan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun 11 bulan di sebuah rumah di daerah ini, 2 petang sehingga 7 malam, Oktober tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Manakala pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan adiknya yang berusia enam tahun lima bulan di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Tertuduh dikenakan hukuman penjara empat dan dua tahun serta dua sebatan bagi setiap kesalahan itu di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara serentak bagi tuduhan pertama dan kedua manakala hukuman penjara ketiga bermula sejurus tertuduh tamat hukuman pertama dan kedua.

Selain itu, datuk tiri durjana itu turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama setahun mengikut Seksyen 27 AKSTKK 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili Mohd. Asaari Salleh sebagai peguambela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya