PM sempat moreh, santuni penduduk selepas tarawih - Utusan Malaysia

PM sempat moreh, santuni penduduk selepas tarawih

ANWAR Ibrahim beramah-mesra bersama para jemaah selepas selesai menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih di Masjid Ibadurrahman, Kepala Batas, Pulau Pinang malam ini. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menikmati jamuan moreh dan beramah-mesra bersama penduduk setempat selepas selesai mengerjakan solat Isyak dan sunat tarawih di Masjid Ibadurrahman di sini, malam ini.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Terdahulu, hampir 500 jemaah tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih bersama beliau di masjid berkenaan.

Anwar sebelum itu tiba di Pulau Pinang pada sebelah pagi dan melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Beliau kemudian menghadiri beberapa program termasuk Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi serta sesi bersama penjawat awam dan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang.

Anwar seterusnya ke Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kembali ke Pulau Pinang untuk solat Isyak dan solat sunat tarawih sebelum pulang ke Putrajaya malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya