Aplikasi Waze dilarang, lindungi maklumat kerajaan, data peribadi pengguna ancaman Israel - PM

Aplikasi Waze dilarang, lindungi maklumat kerajaan, data peribadi pengguna ancaman Israel – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan, langkah ini bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Jelasnya, keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

“Pada masa sama, Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu.

“Ia dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan,” katanya hari ini.

PMO berkata, pendirian Kerajaan Madani adalah tegas dan kerajaan akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini