Bekas Speaker DUN Selangor meningga dunia - Utusan Malaysia

Bekas Speaker DUN Selangor meningga dunia

Speaker
ALLAHYARHAM ONN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Tan Sri Onn Ismail menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 malam tadi dekat rumah anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.

Pemergian allahyarham, 84, dimaklumkan anaknya, Datuk Norhayati ketika mereka sekeluarga sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Menurutnya, jenazah akan disolatkan di Masjid Kampung Raja uda dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja Uda selepas solat Zohor, hari ini.

Dalam pada itu, Badan Perhubungan UMNO Selangor dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian allahyarham.

Onn sebelum ini merupakan Speaker DUN negeri ini selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008, dalam masa sama beliau juga menjadi Pengerusi Tetap UMNO dari 2004 hingga 2007.

Selain berkhidmat sebagai Speaker, allahyarham juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 dan pernah menjadi ADUN Selat Klang dari 1986 hingga 1995. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya