Zuhairie hadiahkan emas pertama Malaysia

Zuhairie hadiahkan emas pertama Malaysia

Zuhairie ketika beraksi dalam acara ujian masa 1 kilometer lelaki C4-C5 di Sukan Para Asia 2026, hari ini. - Ihsan Dr Taufik Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli acara ujian masa 1 kilometer lelaki C4-C5, hari ini.

Zuhairie mempamerkan kayuhan bertenaga apabila mencatat masa terpantas satu minit 5.361 saat (s) menewaskan pelumba Thailand, Jaturong Niwanti di tempat kedua dengan catatan 1:07.206s.

Pingat gangsa pula menjadi milik Saori Sufyan yang merekodkan masa 1:08.166s.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Zuhairie memperbaiki rekod temasya selepas menungguli peringkat kelayakan dengan catatan masa 1:04.882s sekali gus memadam pencapaian Lai Shanzhang dari China yang melakukan 1:07.311s pada Sukan Asia 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini