Bangkai kapal tertua dunia ditemukan di Turkiye

Bangkai kapal tertua dunia ditemukan di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Ahli arkeologi menemukan bangkai kapal tertua di dunia yang dipercayai berusia kira-kira 4,700 tahun di perairan berhampiran Pulau Kekova, Turkiye.

Kapal itu dipercayai tenggelam antara 2600 hingga 2400 Sebelum Masihi, era yang sama dengan pembinaan Piramid Agung Giza.

Menurut penyelidik, penemuan itu lebih lama berbanding bangkai kapal Dokos di Greece, yang sebelum ini dianggap sebagai tertua di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bangkai kapal tersebut ditemukan pada kedalaman kira-kira 30 meter di bawah permukaan laut, bersama muatan berupa bekas penyimpanan purba dan sauh batu.

Walaupun badan kapal yang diperbuat daripada kayu itu sudah mereput, barangan yang dibawanya masih dapat ditemukan di dasar laut.

Ahli arkeologi menganggarkan kapal itu berukuran kira-kira 10 meter panjang dan digunakan untuk membawa barangan dagangan seperti minyak zaitun dan wain merentasi kawasan timur Laut Meditteranean.

Ekspedisi yang diketuai Persatuan Arkeologi Mediterranean itu menemukan bangkai kapal tersebut di perairan Antalya.

“Bangkai kapal ini ibarat kapsul masa di dasar laut,” kata Profesor Hakan Oniz dari Universiti Akdeniz di Turkiye.

Lebih 30 bekas seramik yang dikenali sebagai amfora ditemukan di lokasi berkenaan, bersama tiga sauh batu.

Analisis tanah liat menunjukkan bekas amfora itu berkemungkinan dihasilkan di bengkel-bengkel di Lembah Jordan sebelum dibawa menggunakan kapal laut.

Bekas serupa sebelum ini ditemukan berhampiran piramid Mesir di Giza, Saqqara dan Abusir, selain di Troy serta Pulau Crete, sekali gus membayangkan kewujudan rangkaian perdagangan yang luas pada Zaman Gangsa.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini