'Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat' - Amirudin - Utusan Malaysia

‘Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat’ – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR menafikan dakwaan bahawa parti itu memainkan isu pemimpin politik ditangkap khalwat sebagai taktik untuk melemahkan pihak lawan.

Naib Presidennya, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan PKR tidak membawa isu peribadi untuk dijadikan asas pertarungan dan saingan politik.

“Kita pun ada banyak kerja lain daripada nak mengatur khalwat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak pernah… tidak pernah dibincang atau diaturkan secara rahsia mahupun secara terbuka untuk memerangkap lawan politik. Itu bukan kerja kitalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Kasih Yayasan Selangor 2026, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang bekas menteri yang juga pemimpin politik ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di daerah Petaling Jaya.

Hari ini, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, dilapor mengesahkan beliau ialah antara dua individu yang ditahan JAIS, kelmarin.

Sementara itu mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pula, Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), berkata gabungan berkenaan sedang melakukan beberapa keputusan akhir.

“Saya menjangka dalam masa seminggu lagi, kita menetapkan beberapa hala tuju lebih jelas dalam pilihan raya berkenaan.

“Kita akan menawarkan calon-calon yang baik… sekarang dalam peringkat akhir untuk ditapis,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai calon akan ditampilkan pada PRN Melaka, beliau berkata, parti akan mengetengahkan individu yang berbakti kepada masyarakat dan mempunyai pengalaman.

“Sesetengah kawasan itu kita hendak memberi peluang calon-calon untuk menimba pengalaman, terutama di kawasan yang mungkin sokongan asas agak rendah.

“Itu akan memberi pelan jangka panjang kepada parti dan juga gabungan PH,” katanya.

Dalam pada itu, Amirudin turut menyentuh mengenai kerjasama dengan BERSATU, namun perkara berkenaan belum dimuktamadkan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini