Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ 

Isu kutipan MYEG: Polis ambil keterangan 15 individu termasuk pegawai JPJ 

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merakam keterangan 15 individu termasuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan bernilai RM230.9 juta membabitkan MYEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan kes itu masih dijalankan.

“Jumlah rakaman percakapan yang telah diambil ialah seramai 15 orang. Daripada jumlah itu, 12 orang daripada JPJ dan tiga lagi pegawai bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 13 Oktober lalu, polis menerima laporan berhubung transaksi kewangan berkenaan pada 7 Oktober lalu selepas memperoleh okumen-dokumen berkaitan dan sedang diteliti.

Satu kertas siasatan kemudian dibuka mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ menggantung perkhidmatan melalui saluran MYEG dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut hasil JPJ berkuat kuasa 5 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan kegagalan syarikat berkenaan memenuhi kewajipan memindahkan kutipan hasil kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.

MYEG telah dilantik sebagai ejen pemungut JPJ bagi perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Pertukaran Hak Milik Kenderaan Motor, perkhidmatan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan pembayaran saman secara elektronik sejak tahun 2000. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini