Sayang sebab anak – Nurul Shuhada

Sayang sebab anak – Nurul Shuhada

NURUL SHUHADA MAT SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Soal sayang itu sangat subjektif. Kita sayang kerana apa, saya sayangkan dia sebagai ayah kepada anak-anak kami.”

Demikian pengakuan jujur isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ketika ditanya sama ada masih menyimpan sekelumit perasaan sayang terhadap suaminya.

Ibu dua anak itu menjelaskan dia hanya menyayangi Hafidz sebagai bapa terhadap kedua-dua anak mereka, walaupun jodoh antara mereka berdua tidak berpanjangan.

“Antara kami berdua mungkin Allah SWT sudah tetapkan jodoh sampai di sini sahaja. Saya reda dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan ini. Saya hanyalah manusia biasa,” katanya.

Ditanya hubungan anak-anak dengan Hafidz, Shuhada berkata, dia tiada halangan untuk suaminya berjumpa mereka.

“Anak-anak masih dengan saya buat sementara waktu, sebelum pengesahan kes perceraian ini.

“Saya memang tiada hala­ngan untuk Hafidz berjumpa anak-anak, namun, Hafidz ada perintah mahkamah yang tidak membenarkan dia berjumpa saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hati itu berharap kemelut rumah tangganya berakhir secara baik.

“Harapan saya semoga kes kami dapat diselesaikan cara baik dan tiada sebarang perkara yang merumitkan. Saya cuma berharap yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Ditanya perasaannya terhadap Shuhada ketika ini, Hafidz menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Tuhan.

“Saya serahkan kepada jodoh, itu jawapan saya. Perasaan saya terhadapnya 50-50,” katanya.

Hafidz berkata, sudah tiga minggu dia tidak bertemu dua anaknya dan hanya berhubung menerusi panggilan telefon.

“Tiada sebarang komunikasi bersama Shuhada. Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi.

“Urusan bertemu anak, itu antara peguam kami. Setakat ini, belum lagi bertemu anak.

“Kalau diikutkan, sudah le­bih tiga minggu. Saya berkomunikasi dengan anak menerusi panggilan telefon dan video sahaja,” kongsinya.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 9 Mei ini bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hakim Syarie Siti Rahman Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Sepatutnya, semalam merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan itu, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai tersebut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN