Pekerja restoran ditemui mati akibat tibi - Utusan Malaysia

Pekerja restoran ditemui mati akibat tibi

Pekerja restoran
LOKASI kejadian itu di Taman Pendamar Indah, Pandamaran, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja restoran warga asing ditemui mati akibat penyakit tibi di asrama premis itu di Taman Pendamar Indah, Pandamaran di sini, kelmarin.

Kejadian melibatkan lelaki berusia 45 tahun itu disedari pengurus restoran berkenaan, kira-kira pukul 8 pagi sebelum polis menerima laporan selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri di asrama tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan kematian itu dan mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Punca kematian lelaki itu disebabkan oleh penyakit tibi atau Tuberculosis dan pernah mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum ini. Tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hoong Fong, kes itu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL). 

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.