Hanya MT BN boleh buat keputusan untuk bergabung

Hanya Dewan Tertinggi BN boleh buat keputusan untuk bergabung dengan siapa – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan sama ada Barisan Nasional yang menang hanya 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk bergabung dengan mana-mana pihak bagi membolehkan kerajaan dibentuk hanya boleh diputuskan oleh majlis tertinggi parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Presiden UMNO atau Pengerusi BN tidak ada hak untuk membuat keputusan itu.

“Parti kena buat keputusan. Parti maksudnya Majlis Tertinggi. Presiden tidak ada hak. Malam tadi ada mesyuarat Biro Politik (BN). Biro politik juga tidak ada hak. Biro politik tidak ada local standi untuk cakap bagi pihak parti.

“Parti ada dua sahaja, dengan ketiadaan PAU (Perhimpunan Agung UMNO), MT sahaja boleh buat keputusan. Kita bertanding bukan atas UMNO tetapi atas BN. (Ia) mesti keputusan Dewan Tertinggi BN.

“Kalau perkara ini tidak dilakukan sesiapa sahaja yang buat keputusan, tidak sah,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.