Grik: Tarmizi yakin DAP menang 

Grik: Tarmizi yakin DAP menang 

TARMIZI Mohd. Jam bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam majlis pengenalan calon PH-DAP Perak di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Calon DAP, Tarmizi Mohd. Jam yakin mampu menang kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun ia merupakan kubu kuat UMNO.

Tarmizi, 53, berkata, keyakinan tersebut disokong dengan kemaraan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Katanya, kehadiran Anwar yang juga Presiden PKR bertanding di Tambun memberi aura baharu kepada semua Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak. 

“Walaupun Gerik adalah kawasan lebih 80 peratus orang Melayu dan memang diketahui milik UMNO, namun dengan perkembangan politik terkini, majoriti yang berpuluh ribu pun dapat kita (PH) benamkan.

“Saya rasa tidak mustahil walaupun dengan majoriti 5,000 sahaja berbanding 20,000 ke 30,000 di Lembah Klang, kita boleh atasi sekali gus beri kemenangan kepada PH,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon PH-DAP Perak di sini semalam.

Tarmizi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Parit berkata, gerak kerja bagi PRU15 di Gerik telah bermula dengan kerjasama rakan komponen lain.

Katanya, beberapa isu hangat akan diketengahkan pada kempen nanti termasuk berkaitan perlombongan nadir bumi ‘lantanid’ di kawasan Hulu Perak.

“Kami berharap ia (lantanid) akan jadi paku terakhir untuk kami mencipta kemenangan di Gerik pada PRU15,” katanya.

Dalam PRU14, Tarmizi bertanding sebagai calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Parlimen Parit namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Nizar Zakaria yang memperoleh majoriti 6,320 undi.

Parlimen Gerik pada pilihan raya lalu dimenangi calon BN, Datuk Hasbullah Osman dengan majoriti 5,528 menewaskan calon Pas dan PH.

Kerusi Parlimen berkenaan dikosongkan selepas Hasbullah meninggal dunia pada 16 November 2020 di Raub, Pahang dipercayai akibat serangan jantung. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.