Man. United sedia belanja RM400 juta beli Hall

Man. United sedia belanja RM400 juta beli Hall

Manchester United sedia kemuka tawaran RM400 juta untuk mendapatkan khidmat pertahanan Newcastle United, Lewis Hall. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United bersedia mengemukakan tawaran 70 juta pound (RM400 juta) untuk mendapatkan khidmat pertahanan Newcastle United, Lewis Hall pada jendela perpindahan musim panas musim depan.

Minat United terhadap pemain antarabangsa England itu kekal utuh meskipun kelab berkenaan masih berdepan ketidaktentuan mengenai kedudukan Michael Carrick selaku pengurus selepas permulaan hambar musim ini.

Perkembangan berkenaan hadir selepas kekalahan memalukan 0-3 The Red Devils kepada Bournemouth di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang meningkatkan tekanan terhadap kedudukan Carrick.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan Football Insider, Hall kekal sebagai antara sasaran utama United dan kelab itu berpotensi menghidupkan semula usaha mendapatkan pemain berkenaan pada musim panas akan datang.

United sebelum ini dikatakan mahu memperkukuh bahagian tengah pada jendela perpindahan musim panas, sekali gus mengetepikan keperluan menambah pilihan di bahagian pertahanan.

Bekas pertahanan United, Gary Neville, turut mengkritik keputusan kelab membelanjakan wang untuk tiga pemain tengah, sambil menyifatkan kegagalan memperkukuh benteng sebagai satu kecuaian besar.

“United sepatutnya memberi perhatian kepada usaha memperkukuhkan jentera pertahanan, posisi itu kritikal buat United dan perlu penambahbaikan untuk mengelak prestasi lebih buruk,” kata Neville.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan pemain berusia muda itu bukan mudah apabila dia sudah menandatangani kontrak baharu bersama Newcastle sehingga 2031.- AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini