Lelaki tetak isteri, ibu mertua dan dua adik ipar sebelum buka puasa

Suami tetak isteri, ibu mertua dan dua adik ipar sebelum buka puasa

SUSPEK yang diburu polis bagi membantu siasatan kes tetak empat beranak di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tragedi menimpa empat beranak di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili di sini yang sedang menanti waktu untuk berbuka puasa apabila ditetak hingga parah dalam kejadian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi telah terima maklumat awam melalui panggilan daripada MERS 999 berkenaan kes tersebut pada pukul 8.22 malam. 

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.11 malam, secara tiba-tiba, suspek telah mengamuk dan menetak empat mangsa yang berada dalam rumah menggunakan parang. 

“Kesemua mangsa iaitu isteri, ibu mertua dan dua adik iparnya mengalami kecederaan parah dan telah mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi serta kini berada dalam keadaan stabil.

“Punca kejadian tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek bernama Mohd. Adi Hashim, 38, yang beralamat di Felda Air Tawar 3 kini sedang dicari bagi membantu siasatan.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Orang awam boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121568 atau menghubungi pihak Polis IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya