Tang Jie-Ee Wei, Sze Fei-Izzuddin tempah suku akhir

Tang Jie-Ee Wei tempah suku akhir

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong dari Korea Selatan 22-20, 21-14 di Terbuka Singapura sebentar tadi. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengulangi pencapaian edisi dua tahun lalu, selepas memastikan slot suku akhir menjadi milik mereka pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Kallang, Singapura.

Pasangan No. 4 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong dari Korea Selatan 22-20, 21-14 dalam masa 41 minit di peringkat 16 terbaik.

Kemenangan ke atas Jae Hyeon-Ha Jeong diharap dapat menaikkan kembali keyakinan Tang Jie-Ee Wei yang pernah dikejutkan gandingan ke-67 dunia itu pada suku akhir Kejohanan Asia di Ningbo, China, bulan lalu.

Tang Jie berkata, dia dan Ee Wei berusaha untuk fokus kepada permainan memandangkan mereka pernah tewas kepada Jae Hyeon-Ha Jeong sebelum ini.

“Pasangan Korea Selatan itu mempunyai corak permainan yang mantap, jadi, kami cuba susun strategi untuk mendesak lawan membuka pintu kepada kami untuk menyerang,” katanya ketika ditemu bual oleh wakil Persektuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam aksi suku akhir, hari ini, Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan beregu No. 28 dunia, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India.

Seandainya rekod pertemuan kedua-dua beregu diambil kira, Tang Jie-Ee Wei sepatutnya memiliki keyakinan yang lebih baik kerana memenangi kesemua tiga pertemuan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN