Gunners mampu pertahan trofi EPL

Gunners mampu pertahan trofi EPL

Pemain tengah Arsenal, Noni Madueke (kiri) meraikan jaringan gol menentang Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di The City Ground, Nottingham, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Arsenal mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdasarkan kualiti pemain yang lebih baik dimiliki The Gunners pada musim ini.

Keyakinan itu diluahkan pengendalinya, Mikel Arteta selepas anak buahnya mengutip tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Nottingham Forest di tempat lawan, semalam.

Walaupun Arsenal tidak mempamerkan aksi menarik di East Midlands, keputusan itu sudah memadai merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arteta memiliki antara barisan pemain simpanan paling berkualiti dalam EPL dan dia memanfaatkan sepenuhnya pilihan yang ada untuk mengubah rentak pada lewat permainan.

Keputusan penting pengendali dari Sepanyol itu ialah memasukkan Noni Madueke bagi menggantikan Eberechi Eze yang kurang menyerlah ketika rehat babak pertama.

Arteta turut memasukkan Mikel Merino, Viktor Gyokeres dan Jurrien Timber pada babak kedua bagi meningkatkan kekuatan pasukan dan hasilnya Madueke meledak 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

“Kami perlu berjuang sehingga saat terakhir. Mereka pasukan yang dibimbing dengan baik dan sukar ditembusi. Kami perlu mengambil risiko kerana mereka juga pasukan yang berbahaya.

“Kami perlu mengawal emosi dengan baik. Kami kekal fokus dan pemain yang masuk sebagai pemain gantian memberikan impak besar,” kata Arteta selepas perlawanan.

Arsenal kini berdepan jadual padat yang turut menyaksikan mereka menewaskan Lille dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu sebelum bertandang ke Jerman untuk menentang Bayern Munich, Khamis ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini