Guru tadika ditahan dera empat kanak-kanak - Utusan Malaysia

Guru tadika ditahan dera empat kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang guru tadika ditahan  kerana disyaki mendera empat  kanak-kanak di sebuah tadika swasta di daerah Muar, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, wanita berusia lewat 50-an ditahan ketika menyerah diri di sebuah balai polis di daerah terbabit.

Menurut beliau, siasatan mendapati salah seorang ibu kepada mangsa  menerima rakaman video anaknya disyaki menjadi mangsa dera oleh guru terbabit, Khamis lalu. 

“Pasukan JSJ Kontinjen Johor sedang menjalankan siasatan berkaitan. Setakat ini siasatan hanya membabitkan guru tadika  terbabit.

“Mangsa penderaan  setakat ini membabitkan empat murid lelaki berusia lingkungan tiga hingga lima tahun,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Shahurinain memberitahu, kesemua mangsa  dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan perubatan.

Tambahnya, guru berkenaan yang merupakan  warganegara kini  direman enam hari bermula hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, guru itu disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak November tahun lalu dan berlarutan hingga bulan lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya