FDA arah pengeluar ubat kurus GLP-1 dedah risiko masalah mata 

FDA arah pengeluar ubat kurus GLP-1 dedah risiko masalah mata 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memaklumkan pesakit dan petugas kesihatan mengenai kemungkinan peningkatan risiko masalah mata serius yang dikaitkan dengan penggunaan ubat GLP-1 untuk menurunkan berat badan dan merawat diabetes.

FDA berkata, pihaknya mewajibkan ubat GLP-1 seperti Mounjaro dan Zepbound keluaran Eli Lilly, serta Ozempic dan Wegovy keluaran Novo Nordisk menambah maklumat mengenai kemungkinan peningkatan risiko penyakit non-arteritic anterior ischemic optic neuropathy (NAION) dalam bahagian amaran dan langkah berjaga-jaga pada label produk.

NAION merupakan antara punca lazim kehilangan penglihatan secara tiba-tiba tanpa rasa sakit dan dalam sesetengah kes boleh menyebabkan kerosakan penglihatan kekal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keadaan itu berlaku akibat pengurangan aliran darah ke bahagian hadapan saraf optik, namun punca asasnya masih belum difahami sepenuhnya.

Pihak pengawal selia kesihatan itu berkata, penilaiannya merangkumi data ujian klinikal, kajian terhadap haiwan dan data selepas pemasaran, termasuk kajian pemerhatian serta laporan kes.

FDA berkata, pihaknya meneliti data ujian klinikal, kajian terhadap haiwan serta bukti selepas pemasaran, termasuk kajian pemerhatian dan laporan kes, sebelum merumuskan terdapat kemungkinan peningkatan risiko kejadian NAION yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit yang mengambil agonis reseptor GLP-1.

Keputusan itu merupakan kali pertama pihak pengawal selia mengesahkan kesan sampingan berkenaan.

Empat pesakit di Denmark yang mengalami kehilangan penglihatan selepas menggunakan ubat GLP-1 keluaran Novo Nordisk turut diberikan pampasan, menurut Badan Pampasan Pesakit Denmark tahun lalu.

Satu kajian berskala besar yang diterbitkan pada 2025 meneliti hampir 175,000 pesakit diabetes yang dirawat menggunakan semaglutide dan jumlah sama yang mengambil ubat daripada kumpulan bukan GLP-1.

Kajian itu mendapati risiko NAION meningkat lebih dua kali ganda selepas dua tahun rawatan menggunakan ubat GLP-1 berbanding ubat diabetes daripada kumpulan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini