fbpx

7 Disember 2021, 8:04 am

  TERKINI

Mangkuk, Penarik diisytihar kampung pelancongan

KEBENARAN rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi membolehkan ekonomi negara mencatat prestasi yang lebih baik pada suku keempat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Keunikan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik di sini, yang masih mengekalkan identiti perkampungan nelayan tradisional membolehkan kedua-duanya diisytihar sebagai kampung pelancongan pertama Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pengiktirafan itu sekali gus membolehkan destinasi perkampungan popular berkenaan disenarai pendek sebagai Kampung Pelancongan Terbaik negara bersama-sama Miso Walai di Sabah dan Kampung Bario, Sarawak

Katanya, Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik menjadi lokasi tumpuan penggemar fotografi, videografi dan kru perfileman di samping memiliki pelbagai produk pelancongan serta hiliran yang diusahakan komuniti setempat.

“Kedua-dua kampung ini adalah model perkampungan nelayan tradisional kerana kepelbagaian seni, budaya dan warisan meliputi kraftangan dan makanan tradisi di samping menjadi lokasi pendaratan tuntung laut serta penyu.

“Kita yakin penubuhan komuniti pelancongan dikenali sebagai Pancaran Delima di sini bakal menarik lagi pengunjung ke daerah ini bagi melihat secara dekat setiap keunikan yang ditawarkan di Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pengiktirafan itu.

Yang hadir sama, Pengarah Pelancongan negeri, Fadli Yusof Zakaria.

Terdahulu, Ariffin menyerahkan replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah, Rosli Latif bagi pelaksanaan program pengindahan produk pelancongan Setiu.

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut mengambil inisiatif mewujudkan kawasan pantai selamat kepada pengunjung dengan kawalan keselamatan sepanjang masa.

Pengunjung ke Kampung Mangkuk dan Penarik berpeluang melihat demonstrasi pembuatan makanan tradisi seperti satar di samping pakej menyusuri sungai, melihat keindahan seni bina Melayu di resort, Terrapuri Heritage Village, program konservasi tuntung laut, Rumah Botol serta aktiviti mencari lokan dan kepah. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN