PETALING JAYA: Puluhan mayat warga asing yang meninggal dunia akibat Covid-19 masih belum dituntut kedutaan masing-masing dan ‘terbiar’ di beberapa hospital kerajaan. Di Hospital Serdang sahaja terdapat kira-kira 20 mayat warga asing ditempatkan dalam bilik mayat kerana urusan mendapatkan kebenaran daripada pihak kedutaan masih tergendala dan masalah yang sama dipercayai turut berlaku di beberapa hospital lain di Lembah Klang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, masalah yang sama juga dipercayai…










