Stamford Bridge penentu nasib Carrick?

Stamford Bridge penentu nasib Carrick?

MICHAEL CARRICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kunjungan ke Stamford Bridge berpotensi menjadi penentu masa depan Michael Carrick apabila Manchester United berdepan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Kemerosotan prestasi The Red Devils menyaksikan mereka gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan, malah, United kini menghuni tangga ke-16 liga dengan hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Carrick kini dalam dilema menjelang aksi penting berkenaan, sama ada mengekalkan keputusan mengetepikan Bruno Fernandes atau mengembalikannya dalam kesebelasan utama bagi memperkukuh jentera pasukan selepas United tewas 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford, hujung minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun Fernandes turut bergelut mencari prestasi terbaik musim ini, kepentingannya kepada United tidak dapat dinafikan terutama ketika pasukan memerlukan pemain berpengalaman untuk membantu memulihkan rentak permainan.

Carrick bagaimanapun menegaskan keputusan menggugurkan Fernandes dibuat atas pertimbangan taktikal dan bukannya berpunca daripada perselisihan peribadi antara mereka.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan apa yang kami rasakan terbaik untuk perlawanan berkenaan. Itu sahaja.

“Bruno komited sepenuhnya kepada kelab ini dan tiada sebarang masalah. Kami akan terus bergerak ke hadapan, membuat keputusan dari masa ke semasa dan memberikan tumpuan kepada perlawanan Sabtu ini,” katanya.

Justeru, aksi menentang Chelsea bukan sekadar peluang buat United menamatkan rentetan tanpa kemenangan, malah menjadi medan penting untuk Carrick membuktikan bahawa beliau masih mampu memulihkan keyakinan pasukan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini