MCCC negeri Pahang dilantik Exco Skuad Sahabat JPJ peringkat pusat - Utusan Malaysia

MCCC negeri Pahang dilantik Exco Skuad Sahabat JPJ peringkat pusat

Daniel Khoo Jian Woon (dua dari kiri) menerima surat pelantikan Exco Skuad Sahabat JPJ peringkat pusat daripada Ketua Pengarah JPJ, Dato' Aedy Fadly Ramli (tiga dari kiri), pada Mini Karnival Inovasi JPJ hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Negeri Pahang dilantik sebagai Exco Skuad Sahabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) peringkat pusat.

Penyerahan lantikan itu dibuat kepada pengerusinya, Daniel Khoo Jian Woon daripada Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli sebagai tanda jalinan kerjasama dengan pengerusi Skuad Sahabat JPJ negeri dan JPJ bagi meningkatkan usaha keselamatan jalan raya di seluruh negara.

Khoo dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut merupakan amanah dan komitmen buat dirinya dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keselamatan komuniti dan keselamatan jalan raya amat berkait rapat. Saya berharap dapat menggabungkan pengalaman dan rangkaian kerja keprihatinan komuniti bersama Skuad Sahabat JPJ peringkat pusat dan rakan-rakan di negeri bagi menyebarkan mesej keselamatan jalan raya ke seluruh komuniti, meningkatkan kesedaran orang ramai dan membantu mengurangkan kemalangan jalan raya,” katanya.

Penyerahan lantikan itu dibuat semalam dalam mini karnival sempena Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Profesionalisme Pegawai Pengangkutan Jalan Malaysia Tahun 2026 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM).

Karnival itu bertujuan menyediakan platform perkongsian mengenai produk, perkhidmatan, teknologi serta inisiatif semasa yang menyokong inovasi, keselamatan jalan raya dan transformasi penyampaian perkhidmatan, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara jabatan dengan Skuad Sahabat JPJ serta pihak berkepentingan.

Turut hadir Penolong Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, dan Penolong Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Tuan Haji Jamaruslam Abdullah.

Turut menerima surat pelantikan, Mantan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, yang juga Pengerusi Skuad Sahabat JPJ Malaysia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini