Ronaldo perlu 15 gol cipta rekod baharu

Ronaldo perlu 15 gol cipta rekod baharu

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri satu lagi pencapaian bersejarah dalam kariernya apabila hanya memerlukan 15 gol untuk mencapai angka 1,000 jaringan selepas meledak hatrik ketika membantu Al Nassr menewaskan Al Kholood 5-3 dalam aksi Liga Pro Arab Saudi, semalam.

Hatrik yang dicipta dalam tempoh 15 minit itu menyaksikan kapten Portugal berkenaan meningkatkan jumlah jaringan sepanjang karier profesionalnya kepada 985 gol, sekali gus menghampiri sasaran yang sekian lama diburunya.

Ketika perlawanan terikat 2-2, Ronaldo mencuri tumpuan menerusi jaringan pada minit ke-66, 72 dan 81 untuk memastikan Al Nassr meraih tiga mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegembiraan itu turut dikongsikan Ronaldo menerusi media sosial apabila memuji prestasi pasukannya selain meluahkan kepuasan kerana berjaya menyumbang hatrik.

“Kemenangan hebat, persembahan pasukan yang cemerlang. Gembira dapat membantu menerusi hatrik!” kata Ronaldo dalam instagram miliknya.

Pada usia 41 tahun, Ronaldo terus membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak, mendahului Lionel Messi yang mengumpul 936 gol dengan perbezaan 49 jaringan.

Ronaldo kini berpeluang menambah koleksi jaringannya bersama Al Nassr sepanjang musim ini, selain meneruskan cabaran bersama Portugal di pentas antarabangsa.

Secara keseluruhan, Ronaldo sudah menghasilkan 67 hatrik bersama kelab dan negara dalam semua pertandingan, dengan Real Madrid menjadi pasukan yang paling banyak menyaksikan kehebatannya menerusi 44 hatrik. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini