Percutian lebih selesa bersama Batik Air

Percutian lebih selesa bersama Batik Air

KINI, lebih banyak destinasi boleh diterokai bersama Batik Air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJALANAN yang menyeronokkan bermula dengan perancangan rapi. Daripada memilih destinasi hingga menempah penerbangan, keselesaan dan bajet menjadi pertimbangan utama agar percutian berjalan lancar.

Sama ada mahu menikmati keindahan pantai di Bali atau meneroka keunikan flora dan fauna di Borneo, Batik Air menawarkan pelbagai pilihan menerusi rangkaian penerbangan melebihi 50 destinasi dalam dan luar negara.

Tiga pilihan tambang Kelas Ekonomi membolehkan penumpang merancang perjalanan mengikut bajet dan keperluan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Super Saver sesuai bagi yang mengutamakan penjimatan, manakala Value menawarkan bagasi daftar masuk serta sekali perubahan tarikh tanpa fi perubahan.

Bagi yang memerlukan jadual lebih fleksibel, Flexi menawarkan perubahan tarikh tanpa had tanpa fi perubahan. Kemudahan itu tertakluk kepada perbezaan tambang dan syarat tiket, manakala elaun bagasi mengikut laluan serta pakej dipilih.

Batik Air turut menawarkan Business Promo dan Business Flexi dalam Kelas Perniagaan, masing-masing dengan pilihan tambang promosi dan kelonggaran perjalanan tertakluk kepada syarat tambang.

KESELESAAN JADI KEUTAMAAN

Keselesaan penumpang menjadi keutamaan Batik Air dengan ruang kaki yang luas untuk berehat sepanjang penerbangan, terutama bagi perjalanan jauh.

Malah, sekitar 150 pilihan hiburan turut tersedia mengikut pesawat dan laluan, selain pelbagai hidangan yang ditawarkan mengikut cita rasa.

Bagi percutian keluarga besar, rombongan pelajar atau lawatan syarikat, Batik Air menyediakan pilihan tambang berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 orang.

Bantuan penyelarasan tempahan turut disediakan bagi memudahkan perancangan perjalanan, selain tempahan melalui laman web dan aplikasi rasmi Batik Air.

TEROKAI DESTINASI BAHARU

Kini, lebih banyak destinasi boleh diterokai bersama Batik Air menerusi pengembangan rangkaian penerbangannya yang merangkumi Sydney, Shanghai, Tashkent dan Colombo.

Bagi yang memilih destinasi lebih dekat, penerbangan terus Subang–Bali mulai 4 Disember 2026 membolehkan penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebagai pilihan selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bayangkan bersantai di pantai Seminyak, menikmati kehijauan sawah berteres di Ubud atau meneroka keunikan budaya Bali.

Dengan pelbagai pilihan penginapan, percutian di Bali boleh disesuaikan mengikut bajet, sama ada bersama pasangan, keluarga atau secara solo.

Selain Bali, penumpang dari Subang juga boleh meneroka destinasi antarabangsa seperti Singapura, Jakarta dan Bangkok, selain destinasi domestik termasuk Langkawi dan Kota Bharu.

Bagi penduduk utara tanah air pula, penerbangan terus Pulau Pinang–Batam membuka peluang menikmati percutian singkat ke Kepulauan Riau, Indonesia.

Antara tarikan Batam termasuk Jambatan Barelang dan pesisir Nongsa yang menawarkan suasana santai untuk berehat daripada kesibukan harian.

PESONA BORNEO MENANTI

Tidak perlu ke luar negara untuk menikmati percutian mengasyikkan. Sabah dan Sarawak juga menyimpan pelbagai pesona, daripada keindahan alam hingga keunikan budaya masyarakatnya.

Batik Air turut menawarkan penerbangan dari Subang ke Kota Kinabalu dan Kuching, selain memperkenalkan laluan baharu ke Miri dan Sibu mulai 1 Disember ini.

Di Miri, pengunjung boleh menikmati panorama bandar dari Canada Hill, manakala pasar tempatan dan tepian Sungai Rajang di Sibu memberi peluang melihat kehidupan masyarakat setempat.

Jika singgah di Bintulu, luangkan masa bersantai di Pantai Tanjung Batu sambil menikmati bayu laut.

Kuching pula menawarkan tarikan tepian sungai, bangunan warisan dan Muzium Budaya Borneo yang mempamerkan kekayaan budaya negeri itu.

Di Sabah, pengunjung boleh menyaksikan matahari terbenam di Tanjung Aru dan meneroka pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman.

LEBIH JIMAT UNTUK PERCUTIAN SETERUSNYA

Berita baik buat mereka yang merancang percutian ke Sabah dan Sarawak apabila Batik Air menawarkan rebat sehingga RM200 menerusi kempen akhir tahun Cuti-Cuti Malaysia bersama Tourism Malaysia.

Dengan kod promosi BATIKCCMY, penumpang boleh menikmati rebat bagi penerbangan antara Sabah atau Sarawak dengan Subang atau KLIA, termasuk perjalanan dari kedua-dua lapangan terbang itu ke Malaysia Timur.

Bagi Kelas Perniagaan, rebat RM200 ditawarkan untuk penerbangan pergi balik, manakala perjalanan sehala menikmati rebat RM100.

Penumpang Kelas Ekonomi yang memilih tambang Value atau Flexi pula boleh menikmati rebat RM100 bagi penerbangan pergi balik atau RM50 sehala. Ia termasuk makanan antaranya nasi biryani ayam atau kambing, nasi kandar kari ikan, carbonara, nasi dengan ayam teriyaki dan sayur.

Tempahan perlu dibuat sebelum 30 November ini untuk perjalanan dari 2 Januari hingga 30 Jun 2027, tertakluk kepada kuota 1,000 pertama serta terma dan syarat.

Penumpang Value atau Flexi juga boleh mengubah tarikh penerbangan tanpa fi perubahan, tertakluk kepada perbezaan tambang dan syarat tiket.

Batik Air turut menawarkan promosi Kelas Perniagaan serendah RM399 sehala bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk dan syarat promosi.

Rancang percutian anda dan semak tawaran terkini di www.batikair.com.my atau aplikasi rasmi Batik Air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini