Perutusan tahniah Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Perutusan tahniah Yang di-Pertuan Agong

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKHBAR Utusan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1967 dan akhbar kembarnya Kosmo! yang diterbitkan pada 2004 menjadi saksi kepada pelbagai sejarah dan pembangunan negara. Ia turut berperanan sebagai wadah mengangkat martabat bangsa, menyebar maklumat dan idea selain me­lontar kritikan membina.

Malangnya, penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! terpaksa dihentikan ekoran penutupan syarikat Utusan Me­layu (M) Berhad pada 9 Oktober 2019.

Namun, mulai hari ini, 20 Julai 2020, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! telah diberi sinar baharu menerusi penerbitan semula oleh Media Mulia Sdn. Bhd. Penerbitan semula kedua-dua akhbar ini dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara yang cemerlang, di samping menjadi wadah bagi membina masyarakat yang bermaklumat dalam era digital yang penuh dengan pelbagai maklumat.

Beta berharap penerbitan semula kedua-dua akhbar ini dapat mengangkat profesion kewartawanan serta akhbar berbahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi. Lebih pen­ting lagi, akhbar Utusan

Malaysia dan Kosmo! akan terus berupaya menjadi saksi kepada lipatan sejarah negara dan menyuburkan hak kebebasan bersuara.

Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Utusan Malaysia dan Kosmo! serta pengurusan Media Mulia Sdn. Bhd. atas pelancaran semula akhbar ini. Selamat maju jaya kepada Utusan Malaysia dan Kosmo! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.