Norway kembalikan buku teks di sekolah, kaji semula agenda digital di bilik darjah

Norway kembalikan buku teks di sekolah, kaji semula agenda digital di bilik darjah

NORWAY berusaha mengawal semula penggunaan teknologi, termasuk di luar bilik darjah - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Selepas menjadikan komputer riba dan skrin sebagai kelengkapan utama di sekolah seluruh negara, Norway kini mengembalikan penggunaan buku teks dalam usaha memulihkan kemerosotan ketara kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid.

Tiga tahun lalu, seorang guru sekolah di Norway ditegur kerana mengetepikan iPad muridnya dan kembali menggunakan pen serta kertas. Kini, seluruh negara itu sedang menilai semula pendekatannya terhadap teknologi baharu.

“Banyak sebab untuk mempercayai penggunaan skrin di sekolah diperkenalkan terlalu pantas, sebelum kita mempunyai pengetahuan mencukupi mengenai kesannya dan kaedah terbaik menggunakan peranti digital dalam proses pengajaran,” kata Menteri Pendigitalan Norway, Torgeir Micaelsen kepada AFP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hampir 20 tahun Norway menggalakkan penggunaan komputer dan tablet di bilik darjah, dengan trend itu semakin ketara ketika pandemik Covid-19.

Sejak 2023, sekolah rendah di Oslo malah diwajibkan menyediakan satu peranti digital bagi setiap murid.

Namun, seorang guru Tahun Tiga, Pal Ludvig Finstad, pernah melanggar amalan yang ditetapkan apabila memutuskan untuk mengetepikan tablet buat sementara waktu dan menggantikannya dengan kertas serta pensel bagi membantu murid yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis.

“Penilaian saya dari sudut pedagogi ketika itu ialah murid memerlukan pendekatan baharu dan tindakan segera perlu diambil,” katanya kepada akhbar Klassekampen pada 2024.

Tindakan itu menyebabkan beliau menerima surat amaran daripada pihak pentadbiran sekolah.

Ironinya, pihak berkuasa perbandaran Oslo kini memansuhkan syarat satu peranti bagi setiap murid di sekolah rendah, sekali gus memberi lebih banyak kebebasan kepada sekolah untuk memilih kaedah pengajaran.

“Skrin itu sendiri bukan masalahnya. Masalah timbul apabila alat itu digunakan dengan cara yang salah sehingga kepentingan peranti mengatasi kandungan pembelajaran.

“Seperti buku yang merupakan alat berguna dan sangat diperlukan, iPad juga boleh memainkan peranan yang sama, tetapi penggunaan kedua-duanya tidak saling menafikan,” kata guru besar sekolah rendah, Silje Ween.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini