Pelancong wanita dikejarkan ke hospital akibat digigit ikan buntal beracun - Utusan Malaysia

Pelancong wanita dikejarkan ke hospital akibat digigit ikan buntal beracun

GAMBAR fail seekor ikan buntal. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Seorang pelancong wanita warga Britain dikejarkan ke hospital selepas digigit seekor ikan buntal beracun di sebuah pulau di Greece.

Mangsa digigit ketika berada di dalam laut di kawasan pantai Kalamaki, Pulau Zante, sekali gus memaksanya mendapatkan rawatan segera di sebuah klinik swasta.

Menurut sumber pihak berkuasa pelabuhan tempatan, siasatan berhubung insiden berkenaan kini sedang dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa mengesyaki kejadian itu berpunca daripada serangan ikan buntal pisang baru-baru ini.

Hidupan laut itu merupakan spesies ikan buntal bergigi tajam yang semakin banyak di sekitar Laut Mediterranean.

Sejumlah ikan itu telah dikesan di pelbagai kawasan di Greece.

Situasi itu memaksa pihak berkuasa tempatan mengambil langkah terdesak dengan memasang benteng laut secara meluas bagi melindungi para perenang dan pengunjung pantai.

Mempunyai struktur gigi seakan-akan taring yang berupaya memotong tulang, kayu mahupun logam, Persatuan Palang Merah Greece telah mengeluarkan amaran awal berhubung ancaman ikan ganas  itu.

Selain gigitannya yang mampu mencetuskan kecederaan parah, daging dan organ dalaman ikan buntal ini turut mengan­dungi racun saraf tetrodotoxin.

Ia berisiko meragut nyawa dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung dan paru-paru sekiranya dimakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×