Pembeli kabel curi perlu disiasat

Pembeli kabel curi juga perlu disiasat -Radzi Jidin

audit
Dr. Mohd Radzi Jidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kegiatan mencuri kabel yang berlaku secara terang-terangan di Jalan Tun Razak di sini, susulan penularan rakaman video memaparkan perbuatan itu di media sosial.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, kejadian itu membimbangkan kerana kegiatan mencuri kabel bukan perkara baharu, sebaliknya berulang kali berlaku dan memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih menyeluruh.

Menurutnya, beliau pernah membangkitkan isu berkenaan di Parlimen, termasuk mempersoalkan tindakan terhadap pihak yang membeli kabel curi serta pihak yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, tindakan penguatkuasaan tidak seharusnya tertumpu kepada individu yang mencuri kabel sahaja, sebaliknya perlu turut melibatkan pihak yang membeli dan menjual barangan curi itu.

“Ini termasuk pihak yang terlibat dalam kegiatan mencuri, membeli dan menjual kabel curi,” katanya menerusi hantaran di media sosial susulan penularan rakaman video berkenaan pada pagi Sabtu.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan, mengenal pasti individu terbabit dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Tambahnya, kegiatan mencuri kabel bukan sahaja menjejaskan kemudahan awam, malah boleh mengancam keselamatan rakyat, justeru memerlukan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini