Lesen lima syarikat dibatal kerana kebakaran hutan di Kalimantan - Utusan Malaysia

Lesen lima syarikat dibatal kerana kebakaran hutan di Kalimantan

ANGGOTA bomba padam kebakaran hutan di Banjar, Kalimantan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni meng­umumkan pembatalan lesen perniagaan lima syarikat sebagai sebahagian daripada usaha pe­nguatkuasaan undang-undang berhubung kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan.

“Ini adalah sebahagian daripada arahan Presiden Prabowo Subianto untuk penguatkuasaan undang-undang tanpa pilih kasih,  tindakan yang bukan hanya ditujukan kepada pemain kecil, tetapi turut tegas terhadap entiti besar,” kata Raja Antoni di Jakarta pada Selasa.

Lima syarikat yang lesen mereka dibatalkan ialah PT Wana Lestari Jaya yang beroperasi di Sanggau dan Sekadau, Kalimantan Barat  dengan kawasan konsesi kira-kira 29,140 hektar. Pembatalan itu  turut melibatkan PT Prima Multi Buana di Banjar, Kalimantan Selatan (11,882 hektar  )dan PT Pancaran Wana Nusa di Lamandau, Kalimantan Tengah, (3,812 hektar).

Turut terlibat ialah PT Grace Putri Perdana di Lamandau, Sukamara dan Ketapang (28,990 hektar) dan PT Babugus Wahana Lestari di Kapuas, Kalimantan Tengah (18,640 hektar).

Raja Antoni berkata, keseluruhan kawasan konsesi lima syarikat itu berjumlah 92,464 hektar.

Beliau berkata, kawasan yang terbakar bagi setiap syarikat masing-masing direkodkan seluas 47.84 hektar bagi PT Wana Les­tari Jaya; PT Prima Multi Buana (18.20 hektar); PT Pancaran Wana Nusa (497 hektar); PT Grace Putri Perdana (374.99 hektar) dan PT Babugus Wahana Lestari (231.10 hektar).

Keseluruhan kawasan terbakar berjumlah 1,169.13 hektar.

Menurut Raja Antoni, pemba­talan lesen itu dibuat susulan pe­langgaran yang dilakukan syarikat berkenaan.

Beliau menegaskan pemegang konsesi atau pemegang Lesen Perniagaan Pemanfaatan Hutan (PBPH) berkewajipan melindungi kawasan masing-masing dan me­laksanakan tanggungjawab yang ditetapkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×