Data sulit ejen FBI dibocorkan penggodam - Utusan Malaysia

Data sulit ejen FBI dibocorkan penggodam

LOGO Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Kash Patel berdepan krisis pencerobohan keselamatan berskala besar selepas kumpulan penggodam mendakwa telah mencuri data peribadi merangkumi semua kakitangan dan pemohon jawatan di biro berkenaan.

Kumpulan penggodam terkenal, ShinyHunters, mendakwa telah memperoleh maklumat sensitif ejen FBI termasuk nama, alamat kediaman, nombor telefon, tarikh lahir serta butiran peribadi pasangan mereka.

Geng penjenayah siber berkenaan turut bertindak menggodam dan merosakkan paparan laman web pengambilan jawatan FBI pada Selasa dengan memaparkan mesej bertulis: “Laman ini telah dirampas oleh ShinyHunters. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesej berkenaan secara jelas mempersendakan notis perampasan yang biasanya digunakan oleh FBI apabila menumpaskan laman web jenayah.

Mereka juga dilihat sengaja mengusik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Ia mengakhiri mesej pencerobohan itu menggunakan frasa penutup popular Presiden AS di platform Truth Socialmilik Trump iaitu: “Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini”.

Dalam pada itu, salah seorang penceroboh menjelaskan tindakan yang dirancang mereka bukan bertujuan untuk memeras ugut sebaliknya berbentuk paksaan yang tidak didorong oleh faktor kewangan.

Secara lazimnya, kumpulan ShinyHunters akan mencuri data sulit sebelum menuntut wang tebusan, di samping mengancam untuk menyebarkan lebih banyak dokumen sekiranya mangsa enggan membuat pembayaran.

Pihak FBI dalam satu kenyataan rasmi kepada media mengesahkan bahawa mereka menyedari akan dakwaan gangguan keselamatan berkenaan.

“FBI menyedari berhubung dakwaan aktiviti tidak sah yang menjejaskan laman web FBIjobs.gov dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut,” menurut kenyataan rasmi biro tersebut.

Sampel yang mengandungi 5,000 rekod. Ia dikongsi oleh kumpulan penggodam itu memaparkan alamat, nombor telefon dan tarikh lahir yang didakwa milik pegawai biro dan dalam sesetengah kes merangkumi maklumat pasangan mereka.

Hasil semakan awal oleh 404 Media mendapati beberapa nombor telefon dibocorkan itu berpadanan dengan individu yang mempunyai nama sama dalam pangkalan data risikan sumber terbuka, manakala sebahagian lagi dikaitkan dengan kakitangan Jabatan Keadilan AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×