Anak kucing selamat selepas ‘kembara’ 1,280km - Utusan Malaysia

Anak kucing selamat selepas ‘kembara’ 1,280km

SEEKOR anak kucing yang terperangkap pada bampar kereta akhirnya terselamat. - Facebook/Kelly Bettinger
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seekor anak kucing jantan terselamat ‘secara ajaib’ selepas mengharungi perjalanan hampir 1,280 kilometer. Anak kucing itu terperangkap di dalam bampar sebuah kereta dari New Jersey ke Georgia, sebelum kakinya disedari terkeluar dari bahagian bawah kenderaan itu.

Anak kucing itu dipercayai termasuk ke dalam ruang bampar kereta milik seorang pelajar kolej, Jadyn Sawyer, di Mount Laurel. Namun, Sawyer memulakan pemanduan kembali ke Universiti Georgia pada bulan  lalu untuk menghantar anak kucing itu semula.

Sawyer langsung tidak menyedari kehadiran haiwan berkenaan di dalam bampar keretanya sehinggalah beliau tiba di Athens, AS. Beliau terperanjat apabila terpandang sebelah kaki anak ku­cing tersebut terjuntai keluar dari bahagian bawah kende­raan, menurut laporan portal NJ.com.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terkejut dengan penemuan itu, Sawyer segera menghubungi pihak polis universiti yang kemudiannya meminta bantuan daripada organisasi penyelamat kucing tempatan, Cat Zip Alliance-Campus Cats.

Pengasas organisasi berkenaan, Kelly Bettinger menjelaskan bahawa operasi menyelamatkan Jersey adalah jauh lebih rumit berbanding kes biasa dan tidak boleh ditarik keluar begitu sahaja.

“Proses menyelamat ini memerlukan bantuan pasukan mekanik untuk merombak serta menanggalkan beberapa bahagian kenderaan sebelum anak kucing itu berjaya dikeluarkan dari bahagian bawah kerangka kereta,” kata Bettinger.

Pasukan penyelamat kemudiannya sepakat menamakan anak kucing berusia 10 minggu itu sebagai Jersey sempena lokasi asal bermulanya perjalanan ajaib haiwan berkenaan.

Pemeriksaan lanjut oleh pegawai veterinar mengesahkan bahawa anak kucing itu berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan hanya mengalami selesema ringan sepanjang perjalanan rentas negeri yang mencabar itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×