Parlimen Romania tolak Vestea sebagai calon PM - Utusan Malaysia

Parlimen Romania tolak Vestea sebagai calon PM

ADRIAN VESTEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Parlimen Romania kelmarin menolak pencalonan ahli politik liberal, Adrian Vestea, sebagai bakal perdana menteri, mencetuskan satu lagi ketidaktentuan politik di negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang bersempadan dengan Ukraine itu.

Menurut keputusan rasmi, Vestea, yang dicalonkan oleh Presiden, gagal memperoleh sokongan mencukupi selepas hanya meraih 189 berbanding 233 undi yang diperlukan di kedua-dua dewan Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Beberapa Ahli Parlimen meninggalkan dewan sebelum proses undian bermula, selepas sesi perbahasan panjang mengenai barisan Kabinet yang dicadangkan beliau.

Pada awal Mei, kerajaan pimpinan Perdana Menteri liberal, Ilie Bolojan, tumbang menerusi undi tidak percaya dengan sokongan daripada golongan tengah kiri dan sayap kanan.

Selepas calon Perdana Menteri pertama menarik diri, Presiden Romania, Nicusor Dan pada 14 Jun melantik Vestea untuk membentuk kerajaan baharu.

Namun, parti sendiri yang dipimpin Bolojan enggan menyokong pencalonan tersebut, malah mengugut untuk memecat Vestea daripada parti tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×