Ratu cantik Brazil maut akibat serangan jantung pada usia 31 tahun - Utusan Malaysia

Ratu cantik Brazil maut akibat serangan jantung pada usia 31 tahun

MAIARA meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. - Instagram
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang ratu cantik Brazil disahkan meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas mengalami serangan jantung secara tiba-tiba, meskipun tidak mempunyai sebarang sejarah masalah kesihatan sebelum ini.

Maiara Cristina de Lima Fiel dilaporkan sedang dalam persiapan untuk menyertai satu pertandingan ratu cantik minggu depan sebelum serangan jantung itu.

Beliau ditemuikan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya pada Sabtu sekitar pukul 11.30 malam waktu malam tempatan.

Pasukan paramedik menghabiskan masa lebih sejam untuk menyelamatkan nyawanya, namun ibu kepada seorang cahaya mata itu tragisnya gagal diselamatkan.

Maiara yang sudah berkahwin, tidak mempunyai rekod masalah kesihatan sebelum diserang sakit jantung. Beliau merupakan pemenang mahkota Miss Londrina tahun lalu dalam pertandingan berprestij peringkat wilayah dan juga merupakan naib juara edisi Miss Sarandi 2025/26.

Penghormatan terakhir membanjiri media sosial buat mendiang yang disifatkan sebagai seorang yang penuh semangat, impian dan matlamat.

Penganjur pertandingan, Vitor Tavares, yang dijadualkan berlangsung pada 29 April ini, meluahkan rasa hiba menerusi satu hantaran di media sosial.

“Beliau adalah seorang wanita muda yang sangat komited dan berdedikasi. Saya berpeluang bertemu dengannya secara peribadi pada penghujung tahun lalu apabila beliau mengesahkan penyertaannya sebagai Miss Londrina. Sejak itu, jelas sekali betapa seriusnya beliau memandang impian ini,” katanya.

Menurut Tavares, Maiara sudah pun menyiapkan segala persiapan termasuk busana, sesi Latihan dan temu duga untuk pertandingan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

“Baru semalam kami berbual, dan beliau menunjukkan gaun-gaunnya dan segala persiapan yang dilakukan dengan penuh teliti. Apabila saya menerima berita ini, saya sangat terkejut dan sukar untuk mempercayainya. 

“Sangat sukar untuk menerima kehilangan awal seseorang yang mempunyai masa depan yang sangat cerah,” tambahnya lagi. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN