China hasilkan robot humanoid paling menyerupai manusia

China hasilkan robot humanoid paling menyerupai manusia

ROBOT IRON generasi pertama akan mula dipamerkan di lokasi Xpeng bermula tahun depan, namun harga jualan belum diumumkan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat pengeluar kenderaan elektrik China, Xpeng, memperkenalkan robot humanoid terbaharu yang kelihatan sangat menyerupai manusia.

Robot Xpeng IRON dipamerkan pada satu acara minggu lalu dan menarik perhatian ramai kerana pergerakannya yang licin dan semula jadi, berbeza daripada humanoid lain yang sering kelihatan kaku.

Robot itu kelihatan begitu menyerupai manusia sehingga penciptanya terpaksa ‘membedahnya’ di atas pentas bagi membuktikan tiada manusia sebenar bersembunyi di dalam alat tersebut.

Dalam acara XPENG AI Day 2025 di Guangzhou, jurutera memotong lapisan kulit sintetik robot itu yang hanya mendedahkan anggota logam berkilat dan sistem otot tiruan.

Menurut Xpeng, kehebatan pergerakan IRON adalah hasil kombinasi tulang belakang sintetik, otot buatan dan tiga cip AI tersuai yang membolehkan robot itu melakukan 2,250 trilion operasi sesaat (TOPS).

Teknologi itu membolehkan robot bergerak dengan keseimbangan dan gaya yang menyerupai manusia sebenar.

Namun, faktor utama yang menjadikannya kelihatan realistik adalah struktur endoskeleton seperti manusia yang membentuk rangka tubuhnya, serta lapisan kulit fleksibel menutupi keseluruhan badan.

“Pada masa hadapan, robot akan menjadi rakan hidup atau sekerja anda. Saya jangka ia sama seperti membeli kereta, boleh pilih warna, reka bentuk luar dan dalaman.

“Akan datang, apabila anda membeli robot, kita boleh memilih jantina, panjang rambut atau pakaian mengikut tujuan yang diinginkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Xpen Motors, He Xiaopeng.

IRON tidak ditawarkan untuk kegunaan di rumah kerana robot autonomi berkuasa tinggi dalam persekitaran sibuk dan tidak menentu boleh membawa risiko keselamatan.

Beliau berkata, robot IRON generasi pertama akan mula dipamerkan di lokasi Xpeng bermula tahun depan, tetapi harga jualan masih belum diumumkan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN